Anda perlu terlebih dahulu menyimpan fail MP3 musik yang anda suka dalam komputer anda. Lain-lain fail musik seperti WAV atau MID juga boleh digunakan. Gunakan pencarian Google untuk mendapatkan fail musik yang anda gemari.
Fail musik yang ada dalam simpanan komputer anda perlu dimuatnaik terlebih dahulu dalam mana-mana hos luar untuk fail musik. Terdapat banyak khidmat percuma yang menyediakan hos untuk fail musik dalam internet, sila cari melalui enjin pencarian menggunakan kunci kata "free music hosting".
Alamat pautan kepada hos fail musik anda akan digunakan untuk musik berkenaan. Musik contoh yang digunakan di bawah adalah lagu lama gitaris terkenal Santana dan lagu ini disimpan dalam server Google Page Creator di alamat:
http://ibnunurdin.googlepages.com/BlackMagicWoman-Santana.mp3 |
Kod yang digunakan untuk memainkan music dalam blog anda adalah seperti berikut:
<embed width="250" height="50" autostart="false" src="ALAMAT_URL_HOS_FAIL_MUSIK_ANDA"/></embed> |
width: untuk ukuran lebar
height: untuk ukuran tinggi
autostart : taip "true" jika ada anda ingin musik dimainkan secara otomatic bila blog dibuka atau "false" untuk biarkan pengunjung blog yang akan memilih untuk memainkannya.
ALAMAT_URL_HOS_FAIL_MUSIK_ANDA: pautan terus kepada hos musik anda disimpan.
Kod yang digunakan dalam contoh player di bawah:
<embed autostart="false" height="50" src="http://sites.google.com/site/calipsoprojectsite/home/lagu-lagu-lama/fail-teks/BlackMagicWoman-Santana.mp3" width="250"></embed> |
Black Magic Woman
Elakkan supaya tidak memainkan musik tersebut secara otomatik, banyak pengunjung mungkin akan segera meninggalkan blog anda, beri mereka pilihan untuk memainkan sendiri jika mereka suka dengan musik yang dihidangkan. Musik yang disukai ramai akan membuat pengunjung meluangkan lebih banyak masa dalam blog anda.
Sila gunakan pilihan Edit HTML mode jika anda ingin masukkan kod ini ke dalam pos.
Untuk masukkan dalam sidebar blog pilih Page Elements di bawah Layout dan pilih salah satu Add a Gadget:
Pilh HTML/JavaScript dalam Configure Add a Gadget:
Masukkan kod di atas dalam ruangan content:
Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.
ebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanpemblog.blogspot.com/
Post a Comment