Tab Menu Pages Untuk Template Ethereal

9:09 AM
Bagi sesiapa yang menggunakan template baru blogger Ethereal, Awesome Inc, Watermark, Travel, Simple atau Picture Window memang tidak terdapat fungsi Edit Pages seperti dalam template lama yang lain.

Ruang untuk tab menu dalam template baru ini telah sedia ada.

Kita ambil satu template Ethereal sebagai contoh. Contoh tab menu yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Katalah anda akan menyediakan tab dalam menu seperti contoh di atas untuk:

• Utama
• Produk
• Galeri Gambar
• Borang Pesanan
• Hubungi Kami
• Pautan

PASTIKAN pos-pos untuk setiap satu tab di atas telah disedikan terlebih dahulu kerana setiap satu tab akan dipautan kepada pos berkaitan. Pos untuk tab Utama tidak perlu disediakan, gunakan alamat URL utama blog sendiri. Pinda dan kebelakangkan tarikh pos supaya pos-pos untuk tab ini tidak muncul dalam muka utama blog. Gunakan "Post Option" di bahagian bawah post editor untuk meminda tarikh pos.

Jika pos belum disediakan cipta pos baru kosong tanpa isi pun boleh dengan tajuk pos yang sama dengan nama tab disediakan, kemudian nanti boleh diedit semula untuk mengisi maklumat pos.

Ok, bawah pilihan Design | Page elements untuk template Ethereal:

Di bawahnya klik pilih Add a Gadget yang panjang sebelah atas di bawah bahagian Header blog:

kemudian berikutnya dalam tetingkap Configure Add a Gadget pilih HTML/JavaScript:

Taip masukkan kod HTML untuk Tab Menu dalam ruangan Content yang disediakan - contoh dan cara menyediakan kod HTML lihat di bawah - Kosongkan ruangan Title. Klik SAVE bila telah selesai:

Salin Kod HTML tab menu yang perlu dimasuk kedalam Content di atas adalah seperti berikut:

Utama

Produk

Galeri Gambar

Borang Pesanan

Hubungi Kami

Pautan

Gantikan alamat URL warna biru dengan alamat URL pautan pada pos sendiri. Warna merah adalah nama tab.

Bagaimana mendapatkan alamat URL Pos? Dalam dashboard blogger pilih Posting | Edit Post:

Dalam senarai pos klik View pada pos berkenaan:

Bila pos dibuka oleh Blogger di bahagian atas dalam Address Bar pelayar internet yang anda guna alamat URL pos ditunjukkan. Salin alamat URL ini dan masukkan ke dalam kod HTML di atas:

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

More... 0 comments

Fungsi Edit Pages Blogger (Tab Menu)

1:33 AM
Pages adalah satu fungsi seperti fungsi tab menu guna untuk link kepada sesuatu pos tersendiri. Sebagai contoh anda boleh mencipta satu pos Hubungi Kami mengandungi maklumat bagaimana pengunjung boleh menghubungi anda.

Untuk panduan katalah kita akan menyediakan beberapa pages sebagai link untuk menyampaikan beberapa maklumat dalam pos blog:

Utama.
Hubungi Kami.
Produk.
Resepi.
Galeri Gambar.

Pages untuk Home atau akan disediakan secara otomatik oleh Blogger.

Cara sediakan Pages untuk Hubungi Kami:

bawah pilihan Posting | Edit Pages klik NEW PAGE:

berikutnya Blogger akan membuka satu post editor baru:

Tulis tajuk pos ini dengan nama Hubungi Kami. Isi maklumat yang perlu bagaimana kita boleh dihubungi dalam pos di atas. Setelah sedia klik PUBLISH POST.

lepas PUBLISH POST blogger akan membuka pilihan How would you like the Pages Gadget to appear seperti berikut:

Pilih Blog tabs untuk letak Pages di bahagian atas blog bawah Header.  Pilih Blog sidebar sekiranya Pages ingin dimasukkan dalam sidebar blog.  Kemudian klik SAVE AND PUBLISH:
More... 0 comments

MyBlogLog

Sponsor

Feed

Powered by Blogger.

Soal Jawab Agama

Recent Posts

Pages

Follow

All Posts

Counter

Jerit

Sepanjang Jalan Kenangan

About Me

Followers

Colors Catalog by Maya